Saturday, May 30, 2020

KHASIAT MINYAK KASTURI (WANGIAN KASTURI PEMULIHAN AURA)

Percaya tak, korang akan rasa bermacam kelebihan bila amalkan kasturi ni dalam hidup korang tau. Minyak kasturi juga adalah salah satu dari 4 benda yang perlu ada di dalam setiap rumah untuk halau jin.


Apa dia 4 benda yang perlu ada di dalam setiap rumah iaitu buah kurma (paling kurang 7 biji), madu lebah, air zamzam dan minyak kasturi kijang. Untuk huraian lanjut tentang 3 benda selain kasturi ni, boleh tengok rujukan dari ustaz Nahar Afandi. Saya akan kongsikan link pada penghujung penulisan ni. 




Berbalik pada khasiat wangian kasturi. Antara kelebihan lepas kita amalkan kasturi ni adalah:


ü Pemulihan Aura Belajar ( Fokus Belajar)

ü Pemulihan Aura Perniagaan / Pelaris

ü Pemulihan Aura Kerjaya / Keyakinan Diri

ü Pemulihan Aura Menaiki Kenderaan

ü Pemulihan Aura Hubungan Suami Isteri

ü Pemulihan Aura Keluarga

ü Pemulihan Aura Hubungan Sesama Rakan

ü Pemulihan Aura Aura Diri Secara Umum / Seri Wajah

ü Pemulihan Aura Kesihatan

ü Pemulihan Gangguan Makhluk Halus

ü Mendapat Pahala & Barakah Dikelilingi Malaikat

ü Kelembutan Hati (Dengar Cakap / Nasihat / Caring )

ü Kecerdasan Minda & Menyihatkan Otak (Fokus Belajar)

ü Mengelak Rasa Mengantuk Waktu Belajar / Memandu / Kerja

ü Mendisiplinkan Diri

ü Keyakinan Diri& Ketenangan Jiwa

ü Ketetapan Hati / Bermatlamat Positif

ü Seri Wajah / Ceria / Elak Kemurungan

ü As-Syifa / Perubatan Cth : Pengsan, Asma, Bisa, Luka dan lain-lain

ü Elak stress dan lain-lain

ü Juga sebagai PENDINDING DIRI


Minyak kasturi ni merupakan satu ikhtiar secara fizikal. Wangian Kasturi Pemulihan Aura dibuat dari wangian kasturi yang di adun dengan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa-doa terpilih. Ia bertujuan untuk melindungi gangguan jin syaitan, makhluk halus dan semuanya. Wangian ini boleh dijadikan pendinding serta mengembalikan semula aura pemakainya.


Kalau korang nak tau dari mana datangnya wangian kasturi ni, boleh tengok dekat pos saya yang sebelum ni - https://dayahzaki98.blogspot.com/2020/05/asal-usul-minyak-kasturi-kijang.html 



4 benda yang perlu ada di dalam setiap rumahhttps://youtu.be/HvBJG_231VQ  


by

HIDAYAH ZAKI

#wangidengankasturi


hubungi saya di:

ws: https://bit.ly/3c4uhqx

01121951523(Dayah)

ig: https://www.instagram.com/dayahzaki_98/

Thursday, May 28, 2020

ASAL USUL MINYAK KASTURI KIJANG.

Mesti ada antara kita yang tertanya-tanya kan apa itu kasturi. Apadia kasturi ni sampai disebut-sebut? Betul tak? Jadi posting ni khas untuk terangkan dari mana kasturi ni boleh wujud.

Menurut Kitab Iq Al Alqaa’ dan Jaami Karamat Al Aliya’ : Sehelai daun ni terlekat pada badan Nabi Adam AS tau waktu Nabi Adam AS diturunkan dari syurga ke dunia dulu-dulu. daun ni sebenarnya sejenis daun dari syurga. Nabi Adam AS pun telah memberi daun itu untuk dimakan kepada seekor kijang yang kebetulan melintas di hadapan baginda. serta merta kijang tersebut jadi wangi dengan izin Allah.


Dan hari ini, pada nasab keturunan kijang tersebut, terdapat Bintil Kasturi iaitu segumpal benda berbau wangi yang berada di bawah pusat setiap kijang jantan. Bintil kasturi inilah yang diproses dan dijadikan ubat-ubatan dan wangian kasturi.


Terdapat hadis dan terlalu banyak kajian tentang wangian kasturi ni. Antaranya tentang khasiat- khasiat yang kita boleh dapat bila mengamalkan kasturi ni dalam kehidupan sehari-hari kita.

Wangian Kasturi Pemulihan Aura

Antara hadis dan kajian tentang Kasturi Kijang ni adalah:


Sabda Rasulullah S.A.W : Sebaik-baik wangian adalah wangian kasturi. (Riwayah Muslim)

...

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak” (Riwayah Muslim).

...

Kitab Al-Minhajul Qurani Li I’laaji as-sihri wal massi as-syaithani (karya Sheikh Usama Muhammad Al-audi) : “Satu teknik perubatan akibat sihir dan gangguan syaitan ialah menggunakan minyak wangi”.

...

Abu Ya’quq Ibn Ishaq Al-Khindi (Al-Khindi 801-873M) : Telah mengkaji dan menggunakan kasturi dalam kajiannya mengenai kimia dan haruman. Kitab beliau “ Kimiya al-Itr (Book Of The Chemistry Of The Perfume)

...

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah R.A dan ramai lagi tokoh-tokoh ilmuan Islam: “Kasturi mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan”.


Kalau kita tengok pada zaman ni, Dah terlalu banyak orang yang sedar tentang kelebihan-kelebihan wangian kasturi dan mengamalkannya. Dan kita juga dapat lihat, terlalu banyak jenis kasturi yang ada di pasaran. Antaranya adalah Wangian Kasturi Pemulihan Aura. Sambil-sambil kita berwangi dengan kasturi, sambil tu juga kita dapat pulihkan aura dalaman dan sekeliling kita.


Setakat ini saja penulisan saya pada kali ini. Untuk next post, saya akan kongsikan dengan korang tentang khasiat dan kelebihan-kelebihan yang korang boleh dapat bila amalkan wangian kasturi ni dalam kehidupan seharian kita.


by

HIDAYAH ZAKI

#wangidengankasturi


hubungi saya di:

ws: https://bit.ly/3c4uhqx

ig: https://www.instagram.com/dayahzaki_98/