Mesti ada antara kita yang tertanya-tanya kan apa itu kasturi. Apadia kasturi ni sampai disebut-sebut? Betul tak? Jadi posting ni khas untuk terangkan dari mana kasturi ni boleh wujud.
Menurut Kitab Iq Al Alqaa’ dan Jaami Karamat Al Aliya’ : Sehelai daun ni terlekat pada badan Nabi Adam AS tau waktu Nabi Adam AS diturunkan dari syurga ke dunia dulu-dulu. daun ni sebenarnya sejenis daun dari syurga. Nabi Adam AS pun telah memberi daun itu untuk dimakan kepada seekor kijang yang kebetulan melintas di hadapan baginda. serta merta kijang tersebut jadi wangi dengan izin Allah.
Terdapat hadis dan terlalu banyak kajian tentang wangian kasturi ni. Antaranya tentang khasiat- khasiat yang kita boleh dapat bila mengamalkan kasturi ni dalam kehidupan sehari-hari kita.
Antara hadis dan kajian tentang Kasturi Kijang ni adalah:
Sabda Rasulullah S.A.W : Sebaik-baik wangian adalah wangian kasturi. (Riwayah Muslim)
...
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak” (Riwayah Muslim).
...
Kitab Al-Minhajul Qurani Li I’laaji as-sihri wal massi as-syaithani (karya Sheikh Usama Muhammad Al-audi) : “Satu teknik perubatan akibat sihir dan gangguan syaitan ialah menggunakan minyak wangi”.
...
Abu Ya’quq Ibn Ishaq Al-Khindi (Al-Khindi 801-873M) : Telah mengkaji dan menggunakan kasturi dalam kajiannya mengenai kimia dan haruman. Kitab beliau “ Kimiya al-Itr (Book Of The Chemistry Of The Perfume)
...
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah R.A dan ramai lagi tokoh-tokoh ilmuan Islam: “Kasturi mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan”.
Kalau kita tengok pada zaman ni, Dah terlalu banyak orang yang sedar tentang kelebihan-kelebihan wangian kasturi dan mengamalkannya. Dan kita juga dapat lihat, terlalu banyak jenis kasturi yang ada di pasaran. Antaranya adalah Wangian Kasturi Pemulihan Aura. Sambil-sambil kita berwangi dengan kasturi, sambil tu juga kita dapat pulihkan aura dalaman dan sekeliling kita.
Setakat ini saja penulisan saya pada kali ini. Untuk next post, saya akan kongsikan dengan korang tentang khasiat dan kelebihan-kelebihan yang korang boleh dapat bila amalkan wangian kasturi ni dalam kehidupan seharian kita.
by
HIDAYAH ZAKI
#wangidengankasturi
hubungi saya di:
ig: https://www.instagram.com/dayahzaki_98/
No comments:
Post a Comment